PRN MELAKA : KERJASAMA BN-PN SATU RAHMAT BUAT MELAKA – AB RAUF

Masa Membaca:58 Saat

BUKIT KATIL 6 November – Persefahaman dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai perkembangan membanggakan, kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh.

Menurutnya, kerjasama yang dicapai menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 antara kedua-dua gabungan itu memperlihatkan kesepakatan yang mahu diterjemahkan pada hari pengundian, 14 November ini.

“Saya bukan sahaja berpuas hati, saya amat berbangga dan juga amat teruja melihat persefahaman dan kesepakatan ini dan kita akan terjemahkan pada 14 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Bilik Gerakan DUN Bukit Katil, di sini, hari ini.

Hadir sama calon PAS bagi DUN N.17 Bukit Katil Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dan calon PN bagi DUN N.16 Ayer Keroh Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.

Mengulas mengenai tahap keyakinan terhadap peluang kemenangan kerusi yang ditandingi, Ab Rauf berkata BN-PN mempunyai semangat untuk menang (winning spirit), namun belum menetapkan sebarang peratusan khusus.

“Penilaian itu bergantung kepada laporan gerak kerja jentera di lapangan serta maklum balas yang diterima daripada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

303
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ASAHAN SEJAHTERA SATUKAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
Next post PRN MELAKA : PENYELESAIAN ISU BANJIR KILAT, PENYELENGGARAAN LONGKANG JADI KEUTAMAAN RIDZUAN