PRN MELAKA : PENYELESAIAN ISU BANJIR KILAT, PENYELENGGARAAN LONGKANG JADI KEUTAMAAN RIDZUAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUKIT KATIL 6 November – Penyelesaian isu banjir kilat dan penyelenggaraan longkang antara fokus calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Muhammad Ridzuan berkata, kedua-dua isu berkenaan antara yang kerap dibangkitkan oleh penduduk di DUN Bukit Katil sepanjang perjumpaan empat mata bersama rakyat ketika kempen yang dijalankan.

“Insya-Allah jika diberikan mandat pada 14 November nanti saya akan menggunakan pengalaman sepanjang hampir 20 tahun berkhidmat di beberapa jabatan dalam sektor awam untuk mengurus, seterusnya menangani kesemua isu yang disuarakan oleh rakyat.

“Kedua-dua isu ini adalah keutamaan saya untuk diselesaikan secepat mungkin sekiranya diberikan mandat dan kepercayaan oleh penduduk DUN Bukit Katil pada PRN Melaka Ke-16 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN)!Melaka Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh ke Bilik Gerakan DUN Bukit Katil, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai perancangan dalam tempoh 100 hari pertama sekiranya diberi mandat, beliau berkata penyelesaian isu berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan.

“Manifesto BN dan PN yang akan diumumkan juga akan menjadi antara panduan pelaksanaan perkara dijanjikan dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

263
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA : KERJASAMA BN-PN SATU RAHMAT BUAT MELAKA – AB RAUF
Next post ‘TOK AJAK’ CAKNA KESELESAAN RAKYAT