PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 9 November – Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Jasmine Lok untuk terus mendekati masyarakat dan memahami keperluan mereka.

Jasmine berkata, sejak seminggu lalu, beliau bersama pasukannya konsisten turun padang setiap hari bagi bertemu penduduk, mendengar pandangan serta mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai isu yang dihadapi masyarakat setempat.

Menurutnya, meskipun terdapat juga pandangan negatif daripada sebahagian penduduk, maklum balas positif yang diterima setakat ini adalah lebih menggalakkan.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan positif walaupun ada juga maklum balas negatif, namun lebih banyak yang positif,” katanya kepada pemberita selepas lawatan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh ke DUN Bandar Hilir di Bilik Gerakan DUN Bandar Hilir, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Jasmine berkata, beliau akan meneruskan pendekatan turun padang sepanjang baki tempoh kempen bagi memastikan suara dan keperluan penduduk terus diberi perhatian.

“Saya akan terus mendekati masyarakat setempat dan mendengar pandangan mereka supaya setiap isu serta keperluan penduduk dapat diberi perhatian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

188
Kongsi :
Previous post AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT  LIMA TAHUN
Next post PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG