PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

DUYONG 9 November – Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bagi membuktikan sokongan rakyat.

Katanya, mandat besar daripada pengundi bukan sekadar menentukan kemenangan sebaliknya menjadi ukuran penerimaan rakyat terhadap khidmat dan usaha yang telah dilaksanakan sepanjang lima tahun lalu.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Duyong, berharap agar kira-kira 26,500 pengundi berdaftar di DUN itu keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian, 14 November ini.

“Kerisauan kita sebenarnya bukan kalah dan menang, tetapi kerisauan kita adalah orang tidak keluar mengundi.

“Sekiranya tidak boleh berjalan maklumkan, kita akan hantar motosikal, kalau tidak boleh membonceng motosikal kita akan hantar kereta dan sekiranya tidak boleh juga maklumkan kita akan hantar ambulans.

“Untuk jentera pilihan raya, kita akan mula kira seawal 10 pagi untuk melihat siapa yang sudah keluar atau belum,” katanya ketika berucap pada program Sembang Santai @Kampung Ladang, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Ladang, di sini, semalam.

Mohd Noor Helmy yang juga calon nombor dua berkata, majoriti besar yang diperoleh di DUN Duyong juga penting bagi mencerminkan penghargaan rakyat terhadap pendekatan khidmat tanpa mengira kaum sepanjang tempoh beliau menjadi wakil rakyat.

“Kita sudah berkempen selama lima tahun, Melayu, Cina dan India kita jaga sama rata malah tidak pernah tinggalkan sesiapa.

“Saya perlukan mandat, bukan sekadar kemenangan tetapi angka yang menzahirkan penyatuan. Satu angka yang besar yang melahirkan sokongan, satu angka yang besar, menzahirkan penyatuan orang-orang Dun,” katanya.

Jelas beliau, sokongan besar pengundi Duyong turut penting bagi membuktikan keberkesanan kerjasama politik antara BN dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR