
Petronas Dagangan Bhd raih Anugerah Platinum Putra Brand 11 tahun berturut-turut
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Petronas Dagangan Bhd (PDB) meraih Anugerah Platinum Putra Brand bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori untuk tahun ke-11 berturut-turut pada Anugerah Putra Brand.
PDB dalam kenyataan hari ini berkata, kemenangan berturut-turut itu merupakan bukti penambahbaikan berterusan PDB ke atas rangkaian produknya terutamanya bahan api Petronas Primax dan pelincir Petronas Syntium yang memberikan pelanggan keyakinan terhadap jenama itu sejak bertahun-tahun.
Katanya, gabungan Primax dan Syntium Petronas yang memenangi anugerah itu telah digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula Satu Mercedes-AMG Petronas untuk menjuarai kategori Pengeluar Kejohanan Formula Satu buat kali ketujuh pada 2020.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Osman Rani berkata syarikat itu komited untuk menawarkan produk dan tawaran lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pelanggan pada masa ini dan akan datang bagi memastikan Petronas kekal menjadi jenama pilihan.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
