UNIMEL SASAR PENARAFAN SETARA LIMA BINTANG

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 29 November – Sasaran mencapai lima bintang dalam penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) menjadi tumpuan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) selepas sebelum ini berada pada kedudukan empat bintang.

Naib Canselor UNIMEL Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly berkata, universiti itu sudah menyempurnakan penghantaran data penilaian kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan kini menunggu keputusan rasmi.

“Saya amat optimis UNIMEL berupaya mencapai kedudukan dalam kelompok lima bintang menerusi usaha serta perancangan yang dilaksanakan bagi memperkukuh kualiti akademik institusi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Istiadat Konvokesyen UNIMEL Ke-28 bagi sidang satu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, pada Sabtu.

Terdahulu pengisytiharan pembukaan istiadat berkenaan telah dilafazkan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh merangkap PRO Canselor UNIMEL; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Khairul Azreem Mamat; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan TVET negeri Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata UNIMEL turut mencatat peningkatan dalam penarafan penyelidikan MyRA apabila berjaya memperoleh tiga bintang berbanding satu bintang pada penilaian sebelumnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post NEGARA MENUA: MELAKA PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KELUARGA MUDA