
Kilang proses ayam kotor dan jijik diserbu

KESIDANG 19 Jun – Jijik dan meloyakan! Itulah yang boleh dapat digambarkan tentang keadaan sebuah kilang pemprosesan ayam di Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Merdeka, di sini.
Serbuan menerusi satu operasi bersepadu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Agama Islam (JAIM) pada pagi tadi mendapati kilang berkenaan tidak menitikberatkan aspek kebersihan apabila membiarkan sisa-sisa ayam disalur ke longkang.
Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman berkata, pihaknya juga mendapati kilang berkenaan beroperasi tanpa sijil yang sah dan telah diarah tutup serta-merta.
“Kita bertindak di atas aduan orang ramai dan telah mengeluarkan tiga kompaun ke atas kilang berkenaan di atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan, kebersihan premis dan menyalurkan sisa ke dalam longkang.
“Kita juga telah menyita alatan di dalam premis dan memberi tempoh selama 14 hari kepada kilang berkenaan mendapatkan lesen yang sah,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Difahamkan, kilang berkenaan turut menerima notis dan kompaun daripada JAIM di atas penyalahgunaan sijil penyembelihan dan diarah hadir ke pejabat JAS untuk mengemukakan makluman perniagaan.
Views:
Related

Berita Lain
CUTI SEKOLAH RANCAKKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 30 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan sempena cuti sekolah apabila beberapa produk pelancongan Melaka dibanjiri pengunjung...
AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI
SERI NEGERI 30 Mei - Dasar Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini. Ia...
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...

