
Sulaiman suntik vaksin COVID-19 pada 2 Mac
AYER KEROH 25 Feb. – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mengesahkan beliau menjadi individu pertama di Melaka akan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada 2 Mac depan sekali gus memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri ini.
Menurutnya, program suntikan kemudian diteruskan untuk semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan tiada yang terkecuali sebelum diagihkan kepada 11,000 petugas barisan hadapan bagi fasa pertama.
“Suntikan akan melalui beberapa prosedur dan dijalankan di tiga hospital dan klinik kesihatan di negeri ini sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Nak ambil vaksin ada banyak ‘step’ (langkah), ada taklimat baru dapatkan suntikan…lepas terima suntikan, duduk dahulu setengah jam baru boleh kita tinggalkan kawasan yang kita vaksin tadi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian-perjanjian PKNM di Bilik Tun Perak Seri Negeri, hari ini.
Semalam, sebanyak 8,190 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Hospital Melaka pada jam 11.55 pagi.
Vaksin tersebut dibawa dengan sebuah van penyimpanan khas milik syarikat logistik melalui jalan darat yang turut diiringi petugas keselamatan yang terdiri daripada anggota polis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAJORITI TERTINGGI BUKAN UNTUK BERMEGAH – RAIS
SERI NEGERI 17 November – Kemenangan dengan majoriti tertinggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bukan untuk dibanggakan, sebaliknya...
PENJAWAT AWAM PEMACU AGENDA KERAJAAN – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November - Penjawat awam Melaka perlu memastikan setiap perancangan Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan seterusnya mencapai...
PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL
SERI NEGERI 17 November - Penyelenggaraan paip, jalan raya dan sistem perparitan antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit...
AB RAUF SASAR TUNAI JANJI MANIFESTO MENGIKUT MASA DITETAPKAN
SERI NEGERI 17 November - Enam teras dan 113 inisiatif manifesto yang dijanjikan kepada rakyat akan dilaksanakan mengikut tempoh masa...
AB RAUF MAHU WAKIL RAKYAT TURUN PADANG, BUKAN DUDUK DI PEJABAT
SERI NEGERI 17 November – Setiap wakil rakyat di Melaka perlu mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan amanah diberikan...
WAKIL BN-PN ADA DALAM BARISAN EXCO MELAKA – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November – Wakil parti politik dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam...

