
166,363 individu divaksin setakat semalam- Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR 9 Mac. – Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah divaksinkan setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 25,271 individu, diikuti Pahang (15,521); Selangor (15,357) dan Johor seramai 13,746 orang.
“Kuala Lumpur seramai 13,681 individu; Sabah (13,474); Kelantan (13,149); Perak (12,952); Kedah (9,358); Terengganu (9,081); Pulau Pinang (6,487); dan Negeri Sembilan (5,981).
“Sementara di Melaka seramai 4,411 orang; Perlis (3,062); Putrajaya (2,573) dan Labuan seramai 2,259 individu telah divaksin,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitternya, hari ini.
Pada 24 Februari lalu, PICK dilancarkan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, jenis Pfizer-BioNTech.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA MELAKA HARI INI DIPERKASA KEMAHIRAN AI
AYER KEROH 5 Ogos - Seramai 31 warga kerja dan pengamal media Melaka Hari Ini memperkukuh kemahiran berasaskan teknologi kecerdasan...
MELAKA KENAL PASTI 29 SUMBER HASIL BAHARU BERPOTENSI JANA RM157 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Sebanyak 29 cadangan daripada 26 jabatan dan agensi pemungut hasil dikenal pasti berpotensi menjana hasil...
RUMAH UZUR DIMAKAN ANAI-ANAI, TOK RAUF UMUM PERUNTUKAN BAIK PULIH RM25,000 DARIPADA MAIM
AYER MOLEK 5 Ogos - Wanita warga emas yang tinggal seorang diri di rumah uzur akibat dimakan anai-anai bakal mendiami...
HASIL MELAKA MENINGKAT RM122.7 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Hasil Negeri Melaka meningkat RM122.7 juta dalam tempoh dua tahun daripada RM427.5 juta pada 2023...
TERIMA KASIH KETUA MENTERI DATANG RUMAH SAYA
AYER MOLEK 5 Ogos - Riak wajah ceria jelas kelihatan pada wajah Norsiah Yahya, 73, selepas kediamannya di Kampung Kandang,...
LEBIH 12,000 PESERTA MERIAHKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MELAKA 31 OGOS INI
KLEBANG 5 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menyaksikan lebih 12,000 peserta perbarisan kawad kaki dengan...
