
Azeez Rahim gagal batal 13 pertuduhan rasuah, ubah wang haram
KUALA LUMPUR 12 Mac. – Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Abdul Azeez, 54, selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.
“Saya mendapati alasan yang dikemukakan pemohon (Abdul Azeez) adalah tidak berasas. Pemohon juga gagal menunjukkan bahawa pendakwaan terhadapnya adalah bersifat mala fide (berniat jahat).
“Pada pandangan saya, kes ini bukan kes yang sesuai dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa sedia ada untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan terhadap pemohon. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” kata hakim.
Jelas Muhammad Jamil, pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dihadapi Abdul Azeez adalah tidak cacat walaupun empat projek berasingan digabungkan dalam satu pertuduhan kerana suapan yang diterima adalah berkenaan semua projek itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
