Rumah kongsi diserbu, 30 PATI ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 12 Mac.- Segelintir warga asing dikesan bukan saja tinggal lebih masa, malah berani bekerja secara haram di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, K K Vishnutharan berkata, kegiatan itu dikesan hasil beberapa Operasi Bersepadu dijalankan pihaknya dengan terbaru pada Rabu lalu.

Katanya, dalam serbuan dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) negeri itu, pihaknya menyasarkan kawasan rumah kongsi tapak pembinaan di Durian Tunggal.

“Serbuan dibuat pada jam 11 malam oleh anggota operasi dengan kekuatan seramai 34 orang Pegawai Imigresen dibantu 20 orang anggota RELA.

“Seramai 74 warga asing diperiksa dan 24 orang pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia terdiri daripada 21 lelaki dan tiga wanita ditahan.

“Serbuan dilakukan atas maklumat awam serta risikan dan kita turut menahan enam lelaki Bangladesh atas pelbagai kesalahan Imigresen,” katanya dalam kenyataan.

Vishnutharan berkata, semua yang ditahan berusia berusia 23 hingga 45 tahun dan antara kesalahan dilakukan adalah tiada dokumen pengenalan diri serta tinggal lebih masa.

“Semasa serbuan dijalankan, terdapat PATI cuba melarikan diri dan merempuh pegawai operasi
bertugas.

“Ada yang bersembunyi di bawah rumah kongsi dan ada yang sanggup terjun ke kawasan cerun bukit berhampiran kawasan rumah kongsi untuk melepaskan diri,” katanya.

Katanya, semua PATI terbabit berjaya ditahan dan dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah Batu
Berendam bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan
Imigresen untuk siasatan lanjut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

389
Kongsi :
Previous post Azeez Rahim gagal batal 13 pertuduhan rasuah, ubah wang haram
Next post ITBM lantik Sakri Abdullah sebagai pengarah urusan/CEO
Ubah saiz-+=