
Zoo Melaka sedia terima sumbangan makanan untuk haiwan
AYER KEROH 24 Jun – Zoo Melaka & Taman Burung amat menggalakkan orang ramai atau mana-mana pihak untuk memberikan sumbangan berbentuk makanan kepada haiwan di situ.
Ketua Unit Zoologi Zoo Melaka & Taman Burung, Azman Ghazali berkata, sumbangan berkenaan amat penting bagi menampung kos makanan haiwan sepanjang tempoh pemulihan Covid-19 di negara ini.
“Kita amat menyeru dan menggalakkan mana-mana pihak yang berminat memberikan sumbangan makanan bagi menampung kos yang tinggi.
“Kita sedia menerima sebarang bentuk bantuan bagi membolehkan haiwan di sini kekal sihat dalam usaha menarik kehadiran pengunjung pasca Covid-19 nanti,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Terdahulu, ujar Azman, pihaknya menerima sumbangan sebanyak 4,000 kilogram makanan berupa ekor kerbau bernilai RM45,300 sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Beliau memuji usaha MAQIS yang membantu pihaknya meringankan beban kos makanan haiwan di zoo berkenaan.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM RANGKA BAJET LEBIH INKLUSIF UNTUK 2026
SERI NEGERI 27 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) merangka bajet yang inklusif untuk 2026 bagi memastikan bantuan yang...
TIGA DEKAD, WADE ‘LEJEN’ ALOR GAJAH MASIH DIGEMARI
REMBIA 27 Ogos - Mengekalkan kaedah tradisional iaitu penggunaan batu giling untuk melumatkan bahan utama antara tips diamalkan oleh S...
MENARA TAMING SARI MARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL
BANDA HILIR 26 Ogos - Suasana meriah mewarnai perkarangan Menara Taming Sari apabila lebih 100 peserta terdiri daripada orang awam...
TAPEM SEDIA BANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN
DURIAN TUNGGAL 26 Ogos - Seramai 26 anak jati Melaka dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, bakal melangkah ke...
MELAKA PUSAT KEMBANGKAN PRODUK PELANCONGAN NEGARA
AYER KEROH 26 Ogos - Melaka bakal menjadi pusat mengembangkan industri dan produk pelancongan negara kepada dunia bersempena Hari Pelancongan...
MISI KUMPUL 10,000KG BOTOL PLASTIK
AYER KEROH 26 Ogos - SWM Environment menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penyiaran Melaka menerusi Radio Melaka FM dalam menjayakan misi...