
Rasuah: Pengarah GLC bebas dengan jaminan SPRM
IPOH 26 April. – Seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang direman bagi membantu siasatan salah guna kuasa sejak 21 April lalu, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Noor Azna Tajul Anuar membenarkan lelaki berusia 50 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin.
Lelaki itu kemudian dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret di sini selepas membayar wang jaminan tersebut .
Lelaki berkenaan didakwa melantik sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja di GLC berkenaan berjumlah RM95,000 yang beliau sendiri mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Sebelum ini, pengarah GLC itu direman selama enam hari sejak 21 April lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: BN-PN SASAR SEDIA 25,000 PELUANG PEKERJAAN DALAM TEMPOH 5 TAHUN
AYER KEROH 6 November - Sebanyak 25,000 peluang pekerjaan disasarkan diwujudkan dalam tempoh lima tahun menerusi manifesto Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: BN-PN SEDIA PELUANG PENDIDIKAN LEBIH BAIK DARI BAYI HINGGA MENARA GADING
AYER KEROH 6 November - Peluang pendidikan anak Melaka dari bayi, peringkat sekolah hingga pengajian tinggi terus menjadi keutamaan apabila...
PRN MELAKA: BN-PN MAHU SEDIA 25,000 RUMAH MAMPU MILIK
AYER KEROH 6 November - Sebanyak 25,000 unit Rumah Mampu Milik disasarkan disediakan dalam tempoh lima tahun selain kemudahan pinjaman...
MANIFESTO BN-PN: JUALAN MESRA TAWAR AYAM, DAGING MURAH
AYER KEROH 6 November - Rakyat Melaka bakal menikmati potongan harga sebanyak 30 peratus bagi pembelian ayam dan daging menerusi...
PRN MELAKA: BN-PN TAWAR 113 INISIATIF BERPAKSIKAN 6 TERAS UTAMA
AYER KEROH 6 November - Sebanyak 113 inisiatif merangkumi enam teras utama ditawarkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)...
MELAKA NEGERI MAJU, PERLU DISOKONG INFRASTRUKTUR TENAGA TERBAIK
SUNGAI UDANG 6 November - Keperluan bekalan air dan elektrik yang mencukupi menjadi antara aspek utama diberi perhatian Kementerian Peralihan...

