MANIFESTO BN-PN: JUALAN MESRA TAWAR AYAM, DAGING MURAH

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 6 November – Rakyat Melaka bakal menikmati potongan harga sebanyak 30 peratus bagi pembelian ayam dan daging menerusi program Jualan MeSRa yang akan dilaksanakan secara berkala sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi BN Melaka merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran itu antara komitmen gabungan berkenaan dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat khususnya melibatkan keperluan makanan asas.

“Kita turut menawarkan potongan harga 30 peratus bagi pembelian ayam dan daging menerusi program Jualan MeSRa yang dilaksanakan secara berkala, serta meneruskan pelbagai bantuan kebajikan yang memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Pengerusi PN Melaka Zulkifli Ismail; Ketua Pemuda BN Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Wanita BN Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Ab Rauf berkata, tawaran berkenaan mencerminkan keutamaan gabungan BN-PN untuk memastikan kebajikan rakyat terus diberikan perhatian menerusi pelaksanaan inisiatif yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

191
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN-PN TAWAR 113 INISIATIF BERPAKSIKAN 6 TERAS UTAMA
Next post PRN MELAKA: BN-PN MAHU SEDIA 25,000 RUMAH MAMPU MILIK