PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN PASTIKAN ‘NO ONE IS LEFT BEHIND’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 6 November – Prinsip ‘No One Is Left Behind’ atau tiada sesiapa yang tercicir menjadi antara asas utama manifesto Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan pembangunan Melaka dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Pengerusi BN Melaka merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, manifesto berkenaan dirangka dengan memberi perhatian kepada keperluan seluruh rakyat supaya tiada kelompok masyarakat yang terpinggir daripada menikmati manfaat pembangunan negeri.

“Pastinya, dalam manifesto ini, kita memberi fokus kepada semua lapisan masyarakat meliputi semua kaum dan agama dengan prinsip ‘No One Is Left Behind’.

“Matlamat kita jelas, iaitu memastikan pembangunan Melaka dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar dalam kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto BN dan PN bagi PRN Melaka Ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Pengerusi PN Melaka Zulkifli Ismail; Ketua Pemuda BN Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Wanita BN Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Ab Rauf berkata, berdasarkan rumusan semakan manifesto terdahulu bagi tempoh 2021 hingga 2026, sebanyak 95 peratus daripadanya telah dilaksanakan.

Katanya, rekod berkenaan menjadi asas untuk terus menilai pelaksanaan tawaran baharu secara telus dan bertanggungjawab bagi memastikan setiap perancangan yang dikemukakan dapat memberikan manfaat kepada rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

189
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: KEBAJIKAN RAKYAT SEPANJANG HAYAT JADI KEUTAMAAN BN-PN
Next post PRN MELAKA: RAKYAT NILAI JANJI, BUKAN SEKADAR TAWARAN MEMIKAT TELINGA – AB RAUF