PRN MELAKA: RAKYAT NILAI JANJI, BUKAN SEKADAR TAWARAN MEMIKAT TELINGA – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 6 November – Rakyat Melaka perlu menilai setiap tawaran manifesto berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang dan memberikan manfaat sebenar kepada kehidupan mereka, bukan sekadar janji yang memikat telinga.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, kematangan rakyat dalam menilai tawaran parti bertanding penting bagi memastikan keputusan yang dibuat mengambil kira kepentingan dan masa depan negeri.

Menurutnya, selepas enam hari tempoh berkempen, pelbagai tawaran, janji dan gagasan telah dikemukakan parti-parti yang bertanding, namun perkara paling penting ialah keupayaan setiap manifesto memenuhi keperluan sebenar rakyat.

“Namun, saya yakin rakyat Melaka cukup matang untuk menilai mana janji yang hanya memikat telinga dan mana tawaran yang mampu mengubah kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto BN dan PN bagi PRN Melaka Ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Pengerusi PN Melaka Zulkifli Ismail; Ketua Pemuda BN Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Wanita BN Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Ab Rauf berkata, manifesto tidak seharusnya hanya dinilai berdasarkan perancangan yang mahu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, sebaliknya perlu menjawab tiga persoalan utama rakyat.

“Tiga persoalan itu adalah masalah apa yang mahu diselesaikan, peluang apa yang mahu diwujudkan dan apakah manfaat yang dijangka dapat dirasai oleh rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

197
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN PASTIKAN ‘NO ONE IS LEFT BEHIND’
Next post PRN MELAKA: BN-PN MAHU MEMBINA MASA DEPAN MELAKA, MEMAKMURKAN NEGARA