PRN MELAKA: BN-PN SEDIA PELUANG PENDIDIKAN LEBIH BAIK DARI BAYI HINGGA MENARA GADING

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 6 November – Peluang pendidikan anak Melaka dari bayi, peringkat sekolah hingga pengajian tinggi terus menjadi keutamaan apabila Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menawarkan kesinambungan pelbagai bantuan pendidikan menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi BN Melaka merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, antara tawaran dikemukakan simpanan pendidikan SSPN secara one-off bagi anak yang baru dilahirkan bermula 1 Januari 2027.

Selain itu, katanya, turut disediakan ialah bantuan tambang pengangkutan kepada murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Tambahnya, gabungan itu turut menawarkan kelas tuisyen percuma kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain meneruskan bantuan RM1,000 bagi kemasukan anak Melaka ke Universiti Melaka (UNIMEL) dan MiCOST.

“Kita mahu memastikan anak Melaka mendapat sokongan pendidikan secara berterusan, bermula daripada pendidikan asas sehingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Pengerusi PN Melaka Zulkifli Ismail; Ketua Pemuda BN Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Wanita BN Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Menurut Ab Rauf, tawaran yang disediakan itu diharap dapat meringankan beban ibu bapa dan memberi peluang lebih luas kepada anak-anak untuk meningkatkan pencapaian akademik serta melanjutkan pengajian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

152
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN-PN MAHU SEDIA 25,000 RUMAH MAMPU MILIK
Next post PRN MELAKA: BN-PN SASAR SEDIA 25,000 PELUANG PEKERJAAN DALAM TEMPOH 5 TAHUN