
Pembukaan semula sektor: Agong seru rakyat patuh garis panduan
KUALA LUMPUR 1 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor hari ini.
Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
“Seruan baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini,” demikian menurut hantaran itu.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
ANGGOTA MALBATT SELAMAT DI SELATAN LUBNAN, TERUS PATUH SOP
DURIAN TUNGGAL 9 Mac – Kira-kira 500 anggota MALBATT 850-13 yang terlibat dalam misi pengaman di selatan Lubnan dilaporkan selamat...
30 PERATUS PERMOHONAN INISIATIF PENDIDIKAN PERCUMA DITERIMA
BANDARAYA MELAKA 8 Mac - Kira-kira 30 peratus permohonan bagi inisiatif pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...
BUANG SAMPAH: 978 INDIVIDU BAKAL JALANI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
AYER KEROH 8 Mac - Seramai 978 individu telah diberikan notis pemberitahuan kesalahan berkaitan pembuangan sampah menerusi pelaksanaan Perintah Khidmat...
PELAJAR MALAYSIA DIMINTA TANGGUH PERJALANAN KE TIMUR TENGAH
BANDARAYA MELAKA 7 Mac - Pelajar Malaysia yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah dinasihatkan untuk menangguhkan...
MELAKA ANTARA 4 NEGERI BANGUNKAN HOTEL WAKAF
PANTAI KUNDOR 7 Mac – Melaka menjadi antara empat negeri yang terlibat dalam projek pembangunan hotel berasaskan dana wakaf di...
KABINET LULUS KERTAS DASAR TUBUH SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA
PENGKALAN BATU 6 Mac - Kebajikan pekerja 1.2 juta pekerja gig di negara ini bakal terbela selepas jemaah menteri meluluskan...

