
Pembukaan semula sektor: Agong seru rakyat patuh garis panduan
KUALA LUMPUR 1 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor hari ini.
Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah juga menyeruΒ rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
βSeruan baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini,β demikian menurut hantaran itu.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN βPUKAUβ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...

