PPSPM rekodkan 13,207 pengunjung naiki MRC

Masa Membaca:58 Saat

KOTA LAKSAMANA 1 Julai – Seramai 13,207 pelancong direkodkan menaiki Melaka River Cruise (MRC) hingga hari ini, sejak ia mula dibuka pada 12 Jun lalu

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM) Khairunnisa Ibno Masooda berkata, rekod berkenaan merekodkan 98 peratus sambutan diterima dari pelancong domestik, malah bakinya adalah pelancong luar negara.

“Sambutan yang diterima cukup menggalakkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membenarkan agensi pelancongan dibenarkan beroperasi.

“Bagaimanapun pihak kami masih menitikberatkan penekanan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan demi keselamatan pengunjung.

“Biarpun kerajaan membenarkan pemeriksaan suhu badan dilonggarkan, namun kami tetap meneruskan kaedah terbabit bagi memastikan pelancong yang menggunakan kemudahan MRC lebih selamat,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata PPSPM komited dalam mempromosikan agensi pelancongan itu melalui pelbagai kaedah yang disaran kerajaan negeri untuk memperkasa pelancongan Melaka.

“Pelbagai kaedah lain juga telah diambil bagi menarik pelancong selepas masalah pandemik ini melanda negara antaranya mempromosikan MRC melalui pakej yang ditawarkan pada aplikasi My eXcess.

“Malah, dalam pakej yang terdapat pada aplikasi terbabit PPSPM menawarkan ‘Pakej Cun’ dan ‘Pakej Combo’ yang sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong terutama pada pasaran domestik,” katanya.

Views:

324
Kongsi :
Previous post Tak sangka nasihat jadi viral
Next post Pembukaan semula sektor: Agong seru rakyat patuh garis panduan
Ubah saiz-+=