
Kerajaan lulus penggambaran selepas Aidilfitri, hadiah Hari Raya paling berharga – FDAM
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan penggiat industri perfileman meneruskan aktiviti mereka selepas Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun rayuan mereka untuk menyambung kerja penggambaran sebelum perayaan itu tidak dipenuhi, keputusan tersebut sekurang-kurangnya melegakan karyawan dan kru penerbitan yang hilang mata pencarian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa dua bulan lepas, kata Presidennya Dr Ahmad Ibrahim.
“Kami memang berharap untuk kembali bekerja sebelum hari raya. Tapi alhamdulillah, selepas Adilfitri pun, kami bersyukur juga. Ini hadiah hari raya paling berharga buat karyawan filem. Insya-Allah FDAM akan memastikan SOP dipatuhi. Terima kasih menteri atas keprihatinan beliau,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah malam tadi mengumumkan berita baik itu ketika bercakap dalam Episod Siaran Langsung Facebook Duduk Rumah Harith Iskander bertajuk ‘Masa Depan Siaran Langsung Hiburan’ Pasca-Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Menurut data FDAM, terdapat 875 karyawan filem dan TV termasuk 35 ahli FDAM mewakili 35 syarikat penerbitan kehilangan punca pendapatan sejak PKP mula dikuat kuasa pada 18 Mac lepas.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
200 BEKAS AHLI KEMBALI KE PANGKUAN UMNO MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Hampir 200 bekas ahli parti kembali menyertai UMNO Bahagian Masjid Tanah, malam tadi. Kesemua mereka...
PRN MELAKA PASTI BERLAKU DALAM TEMPOH 120 HARI
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN)...
MASJID BAHARU MAKBUL IMPIAN KARIAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 17 Mei – Setelah sekian lama bergantung kepada masjid di kampung bersebelahan, penduduk Lesong Batu kini bakal melakar...
MENARA TAMING SARI HIMPUNKAN 150 RIDER DGR 2026, BAWA MESEJ KESIHATAN LELAKI
BANDA HILIR 17 Mei - Lebih 150 penunggang motosikal klasik dan moden berhimpun di perkarangan Menara Taming Sari, di sini,...
WRUR KOTA LAKSAMANA: KESEJAHTERAAN RAKYAT KEUTAMAAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) adalah manifestasi kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) lahir...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUARA RAKYAT PANDUAN PEMBANGUNAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Sebanyak 2,474 daripada keseluruhan 3,664 aduan diterima sepanjang 15 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...


