
Satu lagi ‘kluster kilang’ di Melaka
AYER KEROH 13 Jun – Melaka merekodkan pertambahan satu lagi kluster baharu COVID-19 membabitkan sektor industri, hari ini.
Dikenali sebagai Kluster Industri Jalan Usaha Merlimau, kes itu mula menular membabitkan pekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Merlimau, Jasin.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes indeks bagi kluster berkenaan ialah seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 22 tahun yang dikesan positif menerusi saringan kontak rapat.
Sehingga kini, seramai 105 individu yang merupakan kontak rapat kes berkenaan telah disaring dan daripada jumlah itu, 31 telah dikesan positif COVID-19.
Dalam pada itu, sebanyak 145 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan 14,850 kes positif di Melaka.
Selain itu, terdapat pertambahan satu kematian baharu di Melaka membabitkan seorang wanita berusia 76 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Kematian terbaharu itu menjadikan Melaka sudah merekodkan 106 kematian sejak pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
