
Tiada pemotongan bekalan air bil air tertunggak sepanjang Jun, Julai 2021
SERI NEGERI 18 Jun – Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) bersetuju untuk tidak membuat pemotongan bekalan air bagi bil tertunggak melibatkan pemegang akaun di negeri ini sepanjang Jun dan Julai 2021.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, inisiatif itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM20.72 juta iaitu memanfaatkan sejumlah 184,000 pemegang akaun di seluruh negeri Melaka.
Selain itu, katanya, SAMB turut bersetuju menawarkan pengurangan sebanyak 10 peratus bil air kepada 585 akaun penyewa atau pemilik premis homestay dan pengusaha cuci kenderaan.
“Penawaran ini ditawarkan dalam tempoh Jun 2021, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM6,200,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.
Selain itu, Sulaiman turut mengumumkan penawaran pembayaran ansuran bil air untuk pengguna perniagaan atau industri yang mempunyai tunggakan melebihi 120 hari.
Katanya, tawaran pembayaran secara ansuran itu boleh dibuat sebanyak enam kali bermula Julai ini hingga Disember 2021 yang mana ia melibatkan sebanyak 4,282 akaun dan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 juta.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
