Melaka peruntuk bantuan hampir RM200 juta sejak PKP 1.0 – KM

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Melaka telah memperuntukkan bantuan berjumlah hampir RM200 juta yang diberikan secara menyeluruh kepada rakyat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sehingga kini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jumlah implikasi kewangan itu adalah jauh lebih besar jika dibandingkan dengan beberapa negeri lain walaupun Melaka hanya mempunyai kira-kira satu juta penduduk.

“Kita dah belanjakan hampir RM200 juta dari PKP 1.0 sehingga PKP3.0, itulah implikasi kewangan sebenarnya (besar) kalau kita nak bandingkan dengan negeri-negeri lain.

“Tengok Selangor, umum RM500 juta (peruntukkan) dengan penduduknya enam juta orang. Macam johor, dia (kerajaan negeri) belanja hampir RM250 juta, penduduknya berapa?

“Melaka walaupun tak sampai satu juta penduduk tapi kita belanjakan, implikasi kewangan, pengecualian dan sebagainya hampir RM2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan
Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang disiarkan secara langsung dari Seri Negeri di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

339
Kongsi :
Previous post Tiada pemotongan bekalan air bil air tertunggak sepanjang Jun, Julai 2021
Next post Bantuan perlu salur kuota kepada persatuan
Ubah saiz-+=