
Selebriti wanita positif dadah ditahan polis
NILAI 29 Jun – Seorang selebriti wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam sebuah rumah di Kampung Chalet, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat mengenai penyalahgunaan dadah.

Katanya, wanita berusia 34 tahun itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi tujuan ujian saringan awal urin.
“Hasil saringan awal mendapati selebriti terbabit positif dadah jenis methamphetamine.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook IPD Nilai hari ini.

Mohd Fazley berkata, selebriti itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas percakapannya dirakam.
“Pihak polis ingin menegaskan bahawa sebarang aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah adalah satu kesalahan undang-undang dan mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama membanteras kegiatan itu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ANUGERAH PERDANA BELIA JULAI INI, PENGIKTIRAFAN UNTUK ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 dijangka diadakan pada 8 Julai 2026 sebagai...
WRUR RIM : PENDEKATAN TURUN PADANG TERBUKTI BERKESAN SELESAI ADUAN RAKYAT
RIM 28 Jun - Hanya 50 aduan direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim...
PELABURAN BERIMPAK TINGGI PERKASA MASA DEPAN ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Melaka memperuntukkan hampir RM70 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan belia, memperkasa fasiliti sukan serta inisiatif...
BELIA PERLU PERKUKUH POTENSI DIRI SEBELUM USIA 30 TAHUN
RIM 27 Jun – Anak muda perlu lebih agresif, melakukan persiapan untuk membina, sekali gus memperkukuh potensi diri dengan memanfaatkan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
BUKAN SEKADAR RIDE, KONVOI PEMUDA ALOR GAJAH ERATKAN SILATURAHIM
AYER KEROH 27 Jun – Bukan sekadar mengumpulkan ribuan penunggang motosikal, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti menerusi minat yang sama....

