Terperosok bawah treler

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BRISU 29 Jun – Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah treler di selekoh berbukit di Jalan Brisu – Simpang Ampat, Alor Gajah, di sini petang tadi.

Mangsa, Mohd Harkam Haron, 40, merupakan seorang pekerja di syarikat logistik dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika melalui selekoh tajam dalam kejadian pada 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis KTM yang ditunggang mangsa dari arah Pengkalan Balak menghala ke Simpang Ampat.

KETUA Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu. Gambar fail

Katanya, ketika kejadian treler jenis Hino berwarna biru dari arah Simpang Ampat mendaki di bukit selekoh pada jalan dua hala di kawasan itu.

“Mangsa hilang kawalan ketika kejadian menuruni bukit di selekoh tajam hingga menyebabkan terbabas dan memasuki ke bawah treler terbabit,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mangsa didapati mengalami kecederaan pada keseluruhan anggota dan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kejadian kemalangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

962
Kongsi :
Previous post Selebriti wanita positif dadah ditahan polis
Next post Melaka catat Rt tertinggi pada Isnin
Ubah saiz-+=