
Vaksinasi harian lebih 400,000 dua hari berturut-turut
KUALA LUMPUR 14 Julai – Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 400,000 selama dua hari berturut-turut dengan 424,541 dos suntikan diberikan semalam.
Pada Isnin, jumlah vaksinasi harian adalah sebanyak 421,479 dos.
Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah vaksinasi semalam, sebanyak 260,286 adalah dos pertama manakala 164,255 adalah dos kedua.
Beliau berkata Sarawak menjadi negeri tertinggi bagi pemberian vaksin dos kedua dengan 52,551 dos diikuti Selangor (25,696), Kuala Lumpur (23,707), Sabah (9,864), Pulau Pinang (7,195), Pahang (7,038).
Dalam pada itu, Dr Adham berkata jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di negara ini sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 24 Februari lalu adalah sebanyak 12,212,730 dos.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAIS TERBAIK, PRIHATIN MASALAH RAKYAT’ – PENDUDUK
SUNGAI UDANG 6 November - Keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin...
27 PENIAGA MEDAN SELERA SAMUDERA NIKMATI SEWAAN PERCUMA DUA BULAN
BANDAR HILIR 6 November - Seramai 27 peniaga di Medan Selera Samudera, Banda Hilir menerima manfaat pengecualian bayaran sewaan selama...
PRN MELAKA: ‘TIGA TAHUN KITA MEMANG SELARI’ – RAIS
SUNGAI UDANG 6 November – Pentadbiran Melaka menjalinkan hubungan kerjasama yang amat baik dengan Kerajaan Persekutuan sepanjang tiga tahun lalu demi...
PRN MELAKA: UNCLE WONG ANGGAP HELMY ‘BFF’, PUJI KEIKHLASANNYA BANTU RAKYAT
DUYONG 6 November - Hubungan terjalin sejak lima tahun lalu lebih daripada seorang Yang Berhormat dan rakyat, sebaliknya dianggap cukup...
PRN MELAKA: ANAK MUDA MAHU KECEMERLANGAN PENTADBIRAN AB RAUF DITERUSKAN
SUNGAI UDANG 6 November - Anak muda Melaka mahu melihat kesinambungan kecemerlangan pentadbiran negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘TOK AJAK’ CAKNA KESELESAAN RAKYAT
TELOK MAS 6 November - Keprihatinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman...

