
Pemberian vaksin lebih 14.7 juta setakat semalam – Adham Baba
KUALA LUMPUR, 20 Julai – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini mencecah 14,772,221 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau memaklumkan peningkatan itu selepas 424,936 dos vaksin lagi diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,106 orang menerima suntikan pertama manakala 142,830 adalah penerima dos kedua.
“Perkembangan baru itu, menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,674,380 yang meliputi 14.3 peratus populasi rakyat negara ini,” katanya menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter, hari ini.
Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 64.6 peratus, diikuti Sarawak (45.7 peratus), Perlis (36.4 peratus), Lembah Klang (20.8 peratus) dan Negeri Sembilan (20.6 peratus).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENIAGA DURIAN MAUT JATUH DARI TINGKAT EMPAT
BANDA HILIR 4 November - Seorang peniaga durian ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat tempat letak kereta, Plaza...
WRUR: BAKI 90 PERMOHONAN PTK KAMPUNG BERINGIN SELESAI DALAM MASA TERDEKAT
DURIAN TUNGGAL 4 November - Baki 90 lagi permohonan tanah rizab di Kampung Beringin dijangka menerima Surat Kelulusan Permohonan Tanah...
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN ANGKAT SUMPAH YANG DIPERTUA MPJ
SERI NEGERI 4 November – Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ke-10, berkuat...
WRUR: PENDUDUK KAMPUNG GANGSA, BELIMBING DAN PARIT MELAKA LEGA TERIMA SURAT KELULUSAN
DURIAN TUNGGAL 4 November - Ibrahim Kadir, 70, boleh menarik nafas lega apabila tapak rumah didiami di sejak lebih 40...
WRUR: KETUA MENTERI KOTAKAN JANJI, IMAM MD YUSOF TERIMA KERUSI RODA ELEKTRIK BAHARU
DURIAN TUNGGAL 4 November - Hadiah istimewa iaitu kerusi roda elektrik daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
WRUR: MERCU TANDA IKONIK BAKAL HIASI BULATAN PANTAI BELIMBING
DURIAN TUNGGAL 4 November - Satu mercu tanda ikonik dan susunan landskap menarik bakal menghiasi bulatan baharu Pantai Belimbing dalam...
