
‘Ya, saya jumpa Najib’
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Beliau berkata, pertemuan itu bagaimanapun hanyalah satu perjumpaan biasa dan butirannya tertutup hanya antara mereka berdua sahaja.
“Ya betul saya jumpa dia memandangkan dia penasihat parti dan bekas pemimpin kita.
“Datuk Seri Najib telah membuat kenyataan yang jelas pada Khamis bahawa beliau menyokong kerjaaan Perikatan Nasional pada hari ini.
“Saya tidak tahu dia ubah fikiran atau tidak, tetapi dia menyatakan sokongan dan enggan melihat kerajaan ini tumbang.
“Apapun, saya tidak boleh bercakap bagi pihak beliau, cuma saya boleh katakan apa yang kami bincangkan adalah tertutup antara saya dan dia,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.
Dalam pada itu, Ismail enggan mengulas lanjut mengenai kemelut dalam UMNO selepas Presidennya menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, beliau enggan menambah keruh dalam parti itu kerana baginya ia hanya akan membuat rakyat melihat UMNO sebagai parti yang bermasalah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PN KUMPUL BUKTI, TINDAKAN TERHADAP BERSATU SELEPAS PRN
PANTAI KUNDOR 10 November β Perikatan Nasional (PN) sudah mengumpulkan bukti bagi mengambil tindakan tatatertib terhadap BERSATU selepas Pilihan Raya...
PRN MELAKA: AB RAUF INGATKAN JANGAN TERSILAP PILIH
TANJUNG BIDARA 10 November - Pilihan yang dibuat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini bukan sekadar menentukan...
FOKUS GERAKKAN PENGUNDI MAMPU TERJEMAH KEMENANGAN BN-PN β ASYRAF WAJDI
PANTAI KUNDOR 10 November - Jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menumpukan usaha menggerakkan pengundi keluar ke...
PRN MELAKA: KAMPUNG DIGITAL IDEA βBUDAK TANJUNG BIDARAβ KINI DIIKTIRAF DUNIA
TANJUNG BIDARA 10 November - Bermula sebagai cetusan idea anak jati Tanjung Bidara yang mentadbir Negeri Melaka, inisiatif Kampung Digital...
AHLI PAS WAJIB UNDI BN DI KERUSI TIDAK DITANDINGI PN β TAKIYUDDIN
PANTAI KUNDOR 10 November β Ahli PAS wajib mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional...
PRN MELAKA: βWINNING MENTALITYβ GELOMBANG BIRU PADA TAHAP TINGGI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 10 November - Semangat winning mentality dalam kalangan jentera Barisan Nasional (BN) Melaka kini berada pada tahap tinggi...
