
‘Ya, saya jumpa Najib’
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Beliau berkata, pertemuan itu bagaimanapun hanyalah satu perjumpaan biasa dan butirannya tertutup hanya antara mereka berdua sahaja.
“Ya betul saya jumpa dia memandangkan dia penasihat parti dan bekas pemimpin kita.
“Datuk Seri Najib telah membuat kenyataan yang jelas pada Khamis bahawa beliau menyokong kerjaaan Perikatan Nasional pada hari ini.
“Saya tidak tahu dia ubah fikiran atau tidak, tetapi dia menyatakan sokongan dan enggan melihat kerajaan ini tumbang.
“Apapun, saya tidak boleh bercakap bagi pihak beliau, cuma saya boleh katakan apa yang kami bincangkan adalah tertutup antara saya dan dia,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.
Dalam pada itu, Ismail enggan mengulas lanjut mengenai kemelut dalam UMNO selepas Presidennya menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, beliau enggan menambah keruh dalam parti itu kerana baginya ia hanya akan membuat rakyat melihat UMNO sebagai parti yang bermasalah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA TAHUN PENUH MAKNA, TERIMA KASIH SUK AZHAR – KM
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Azhar Arshad atas segala bakti, kesetiaan dan...
PRN MELAKA: ‘KALI INI NIKAH BIAR BERKADI, ADA SAKSI’
AYER KEROH 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti politik yang berhasrat membentuk kesepakatan...
MELAKA SEDIA RM500,000 BANTU BELIA JADI USAHAWAN PELANCONGAN
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri mengumumkan insentif Dana Pelancongan Belia berjumlah RM500,000 bagi menggalakkan anak muda berusia 20...
SALHAH WANITA PERTAMA DILANTIK SUK MELAKA
AYER KEROH 10 Ogos - Datuk Wira Salhah Salleh mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai sebagai Setiausaha Kerajaan...
HLN 2026: REZEKI PENIAGA KECIL MELIMPAH
PAYA RUMPUT 10 Ogos - Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 bukan sahaja memeriahkan perkarangan Stadium Hang Jebat, malah membuka...
40 TAHUN KAMI TUNGGU, AKHIRNYA JAMBATAN BAHARU SIAP
REMBIA 10 Ogos - Penantian kira-kira 40 tahun penduduk Kampung Bukit Hantu untuk memiliki infrastruktur perhubungan keluar dan masuk ke...
