
13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas
KUALA LUMPUR 8 Sept – Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju, di sini, Sabtu dan Ahad lalu bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, akhir bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lalu dan berakhir pada awal pagi Ahad.
“Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan, samun dan dadah serta siasatan awal polis mendapati kesemuanya adalah rakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beh berkata kesemua 13 individu itu kini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang, 22 Ogos itu, empat lelaki dipercayai warga tempatan menyamun kedai emas tersebut.
Suspek dipercayai melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang dianggar bernilai RM50,000.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SABUN BUNGA TELANG ‘BUAH TANGAN’ ISTIMEWA ORANG ASLI GAPAM BARU
ASAHAN 7 Mei - Penduduk di Kampung Orang Asli Gapam Baru kini memiliki produk tersendiri apabila berjaya menghasilkan sabun bunga...
KEREPEK PISANG ALONG SEMAKIN LARIS
ASAHAN 6 Mei - Pengusaha kerepek pisang kecil-kecilan, Norremy Husin, 42, mahu menjadikan produk dihasilkan sebagai batu loncatan untuk menggapai...
MATTA MELAKA PERLUAS PROMOSI PELANCONGAN KE PANTAI TIMUR
BANDARAYA MELAKA 7 Mei - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka merancang untuk memperluaskan promosi pelancongan negeri ke...
WRUR AYER MOLEK: PENDUDUK BUSUT LICIN LEGA, BELENGGU BANJIR BAKAL BERAKHIR
AYER MOLEK 7 Mei - Penduduk Kampung Busut Licin, di sini, menarik nafas lega apabila masalah banjir berulang dan akses...
WRUR AYER MOLEK: ZIARAH KASIH MAIM SANTUNI 10 KELUARGA ASNAF, MUALAF
AYER MOLEK 6 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menunjukkan keprihatinan ke atas golongan asnaf dan mualaf menerusi...
‘MELAKA SUDAH PINDAH?’ INI SEJARAH MELAKA PINDAH
MACHAP JAYA 6 Mei – Nama Melaka Pindah sering menjadi gurauan dan usikan ramai terutamanya di media sosial apabila mengaitkan...
