
Covid-19: 21 kes baharu direkodkan hari ini
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Sebanyak 21 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di negara ini sebanyak 8,800 kes dengan 122 kes kebolehjangkitan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada 21 kes yang dilaporkan, enam merupakan kes import melibatkan empat rakyat Malaysia yang telah mendapat jangkitan di luar negara dan dua lagi bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.
Katanya, daripada enam kes import berkenaan, tiga kes adalah dari Filipina dan masing-masing satu kes dari India, Rusia dan dan Denmark.
“Daripada 15 kes penularan tempatan, 13 daripadanya melibatkan warganegara iaitu 12 kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang di Johor serta satu kes saringan prapembedahan di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan dan pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Bagi kes bukan warganegara melibatkan satu kes saringan prapembedahan dan satu kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
WTE: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA SETARAF NEGARA MAJU
SUNGAI UDANG 2 April - Masalah kapasiti sampah di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang bakal diatasi apabila Loji Waste To...
AGENDA MELAKA LESTARI, BERDAYA TAHAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI
SUNGAI UDANG 2 April - Kerajaan Melaka sentiasa meletakkan pembangunan mampan sebagai teras utama dalam mencorakkan masa depan negeri ini,...
SISA BUANGAN JADI SUMBER TENAGA BERNILAI
SUNGAI UDANG 2 April - Pembinaan Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang menjadikan sistem pengurusan pepejal di Melaka lebih sistematik, mewujudkan...
‘HADIAH’ MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM
SUNGAI UDANG 2 April - Penduduk Taman Desa Bertam bakal menerima masjid baharu hasil sumbangan daripada Malakoff Corporation Berhad. Berita...
LOJI WTE SUNGAI UDANG BEROPERASI 2029
SUNGAI UDANG 2 April - Melaka melakar satu lagi pencapaian menerusi pembinaan Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang yang akan menjadi...
SUKAN ORANG ASLI ANTARA 115 PROGRAM MENARIK WRUR DUN ASAHAN
BANDARAYA MELAKA 2 April - Penganjuran Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Melaka antara 115 program yang disusun sempena program Wakil...

