
Pelajar 16, 17 tahun mula divaksin hari ini – KM
SERI NEGERI 21 Sept. – Kerajaan negeri mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah berusia 16 hingga 17 tahun hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, suntikan itu bagi pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada Oktober ini.
Menurutnya, pihaknya akan menyelesaikan dua peringkat umur itu dahulu sebelum pelajar berusia 12 hingga 15 tahun divaksinasi.
“Vaksin remaja hari ini kita dah mula, kalau tak silap saya mereka yang berumur 16 dan 17 tahun.
“Kita selesaikan (remaja berumur) 16 dan 17 tahun ini bermula hari ini sebab mereka akan masuk sekolah dan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hari kedua Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Sulaiman berkata, secara keseluruhan terdapat kira-kira 70,000 pelajar sekolah di Melaka.
“Mereka yang nak ambil vaksin perlu melalui pihak sekolah dengan mengambil data serta mendapat persetujuan daripada ibu bapa.
“Ibu bapa mereka yang akan bawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memberi kebenaran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF TABIK PENGORBANAN ‘USTAZ, USTAZAH’
MERLIMAU 17 Julai – Pengorbanan guru agama yang memilih untuk mendidik anak-anak dengan ilmu Islam merupakan satu amal jariah yang...
3,600KG IKAN PERCUMA ‘LICIN’ DALAM 10 MINIT
MERLIMAU 17 Julai - Sebanyak 3,600 kilogram ikan cencaru dan mata besar yang diagihkan secara percuma kepada penduduk dan komuniti...
NELAYAN MELAKA TERIMA ‘DURIAN RUNTUH’
MERLIMAU 17 Julai - Komuniti nelayan di Negeri Melaka menerima ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri mengumumkan beberapa inisiatif dan insentif...
MELAKA RUMAHKU UBAH NASIB LIMA KELUARGA DI MERLIMAU
MERLIMAU 17 Julai - Seramai lima keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kini memiliki kediaman lebih selesa dan selamat...
MELAKA SEDIA JADI HAB SEMIKONDUKTOR BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 17 Julai - Melaka berada pada landasan terbaik untuk muncul sebagai hab semikonduktor dan pembuatan termaju bertaraf dunia...
PH MELAKA MUKTAMAD TARIK DIRI DARIPADA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
MELAKA 16 Julai - Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengumumkan keputusan muktamad menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri susulan...
