
Projek HSR 2.0 diteruskan, lokasi diubah
AYER KEROH 22 Julai – Pembinaan lokasi Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) 2.0 di negeri ini akan diubah dari lokasi asal di Ayer Keroh kepada kawasan Durian Tunggal dan Ayer Panas Bemban di Jasin.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad berkata, projek HSR akan dibangunkan berhampiran bandar hijau serta mengambil kira aspek reka bentuk stesen berkenaan.
“Bagaimanapun untuk kos peruntukan HSR ini kita masih belum dapat nyatakan lagi kerana ia masih di peringkat kajian.
“Projek ini diangkat semula oleh jemaah-jemaah menteri di mana ia harus dilaksanakan demi kebaikan rakyat serta penjanaan ekonomi antara dua negara serta negeri yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan lisan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) mengenai lokasi serta kemudahan HSR pada hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Jelasnya, bagaimanapun pembinaan HSR itu turut menekankan aspek pengurangan kos projek termasuk penjajaran semula laluan di kawasan terlibat.
“Yang penting projek ini kita tekankan dari segi pengurangan kos, penjajaran semula laluan serta stesen-stesen yang akan dibina sepanjang laluan antara Singapura dan Kuala Lumpur,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
