
Tunggu laporan terperinci buka semula Jonker Walk – Jailani
AYER KEROH 15 Okt. – Kerajaan negeri sedang menunggu laporan terperinci bagi membenarkan pengoperasian semula pasar malam Jonker Walk.
Exco Pelancongan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan daripada pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkenaan perkara itu.

“Biarpun pergerakan merentas negeri sudah dibenarkan di negeri ini, namun pengopersian pasar malam Jonker Walk perlu menunggu laporan terperinci daripada Datuk Bandar MBMB.
“Jonker Walk kawasan sempit dan saya ada buat syarat tertentu, saya harap Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri dapat menasihati MBMB dalam hal ini.
“Kita nak ada jadual sanitasi dan disinfeksi sebagai syarat tambahan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Ke Negeri Melaka Sempena Kebenaran Merentas Negeri di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...

