
BN umum calon PRN Melaka secara maya, Sabtu ini
MELAKA 4 Nov – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara maya pada 10 pagi, Sabtu ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi catatan di Facebook berkata pengumuman calon itu akan dibuat menerusi Facebook UMNO Online.
“Pengumuman nama calon #BN live di FB #UMNO Online.
“Sabtu 6 Nov 2021, jam 10 pagi. Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
