
PRN Melaka: BN tampil ramai calon bawah 50 tahun, termuda 20-an – Isham
MELAKA 4 Nov – Barisan Nasional (BN) bakal menampilkan majoriti calon berumur bawah 50 tahun dan yang termuda berumur 20-an dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dakwa Isham Jalil.
Ketua Penerangan BN Selangor itu berkata, jumlah calon baharu dan orang muda yang akan ditampilkan kali ini adalah jauh lebih tinggi berbanding pilihan raya lepas.
Katanya lagi, sebahagian besar calon yang ditampilkan adalah mereka yang berwibawa dan berpendidikan tinggi.
“Ia termasuklah golongan profesional yang terdiri daripada jurutera, doktor dan peguam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau berkata, bagi calon veteran pula, mereka yang akan dipilih adalah dalam kalangan individu yang menyumbang kepada rakyat dan mempunyai pengalaman luas.
“Ini adalah salah satu langkah pembaharuan yang dibuat oleh BN dan janji yang dikota untuk mengetengahkan lagi golongan muda dan professional dalam pentadbiran dan politik di samping calon-calon veteran dan berpengalaman untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, calon-calon yang akan ditampilkan juga terdiri dalam pelbagai latar belakang, kaum dan agama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: CIKGU MUSTAFA SERU ANAK PERANTAU PULANG UNDI BIRU
DURIAN TUNGGAL 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa...
500 JEMAAH SERTAI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT PERINGKAT DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 13 November - Kira-kira 500 jemaah hadir bagi bersama-sama mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Peringkat Dewan...
PRN MELAKA: ‘YANG KIRI BOLEH BAGI JANJI, YANG KANAN BOLEH BAGI BUKTI’ – HELMY
DUYONG 13 November - 'Yang kiri boleh bagi janji, yang kanan boleh bagi bukti' menjadi mesej calon Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: MISI BAWA KELUAR PENGUNDI PUTIH, RAIS TIDAK MAHU JENTERA ALPA
SUNGAI UDANG 13 November – Baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang kurang 24 jam perlu dimanfaatkan sepenuhnya...
PRN MELAKA: AZRIL YAKIN MOMENTUM KEMPEN POSITIF, SERU PENGUNDI REMBIA PILIH ‘BIRU’
REMBIA 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN KLEBANG – BAN HONG
KLEBANG 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.14 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, Datuk Wira Lim Ban...
