
Pertembungan tiga penjuru di DUN Lendu
LENDU 8 Nov- Kerusi N.04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Pengumuman rasmi calon bertanding itu dibuat Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Haidir Haron di Dewan Kompleks Japerun Lendu, hari ini.
Tiga calon terbabit adalah dari Barisan Nasional (BN) yang merupakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali manakala PN dan PH masing-masing diwakili , Ahli Bersatu, Mejar (B) Abdullah Mahadi dan Ketua Penerangan PKR Melaka, Mohamad Asri Ibrahim.
Kesemua calon mengemukakan borang pencalonan sebelum tempoh satu jam yang diberikan SPR bagi proses penamaan calon.
Proses penamaan calon tamat setelah ketika calon diumumkan Mohd Haidir di pentas dewan tepat jam 9.39 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PESTA PANTAI LESTARIKAN SENI DONDANG SAYANG
TANJUNG BIDARA 15 September – Usaha melestarikan seni budaya warisan negeri terus diperkasakan menerusi Program Pencungkilan Bakat Raja dan Ratu...
PPSPM GAMIT PENGUNJUNG PESTA PANTAI DENGAN AKTIVITI AIR
TANJUNG BIDARA 15 September –Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memanfaatkan platform Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 untuk mempromosi...
TUAH ANAK ‘HADIAHKAN’ KELUARGA MOTOSIKAL BAHARU
TANJUNG BIDARA 15 September - Rezeki tidak disangka buat suami isteri dari Pantai Puteri apabila nama anak mereka berusia setahun...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA: MENGGILAP WARISAN YANG PUDAR
TANJUNG BIDARA 15 September - Berlangsung selama tiga hari, Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 sebenarnya sarat dengan mesej tersirat iaitu...
NORSAADAH LINCAH TUNGGANG JET SKI
TANJUNG BIDARA 15 September - Menjaga aurat dari hujung kepala hingga ke hujung kaki termasuk berniqab langsung tidak membataskan kelincahan...
23 PEGAWAI PENGIRING BERSIAP SIAGA SAMBUT VIP WTD & WTC 2025
AYER KEROH 15 September – Seramai 23 pegawai pengiring di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Melaka akan ditugaskan sepanjang Hari...