
Sokongan rakyat ke atas BN bertambah baik
AYER KEROH 17 Nov – Sokongan ke atas Barisan Nasional (BN) bertambah baik dari hari ke hari, kata Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurutnya, berdasarkan kajian sikap yang telah dilakukan di seluruh kawasan, sokongan penduduk dan pengundi di Melaka menunjukkan peningkatan.
“Walaupun lepas penamaan calon ada sedikit ‘gempa bumi’, namun ia dapat diselesaikan tidak sampai tiga hari.
“Setakat ini saya melihat di DUN Sungai Rambai dan Serkam, jentera kita berjalan dengan baik, sokongan penduduk dan pengundi juga bertambah baik.
“Berdasarkan kajian sikap kita bertemu ramai orang dan laporan yang kita terima di ibu pejabat Command Centre BN juga jelas menunjukkan peningkatan yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Diskusi Perdana bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad turut melahirkan rasa gembira apabila melihat kerjasama kukuh dalam kalangan parti komponen bagi membantu calon di setiap kawasan.
“Kalau dahulu jentera parti komponen hanya akan membantu di kawasan mereka bertanding sahaja.
“Tetapi kali ini mereka bersama-sama di semua kawasan DUN Melaka,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
TOK RAOP, DATUK REMY ISHAK SANTUNI ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Masa terluang sementara menunggu waktu berbuka dimanfaatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
SKM MELAKA SALUR ZAKAT WAKALAH RM20,000 KEPADA 10 MASJID
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka menyalurkan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20,000 kepada 10 buah...
MAIM SERAH 100 KIT MESRA IBADAH KEPADA 3 HOSPITAL
PENGKALAN BATU 17 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan 100 kit mesra ibadah kepada tiga buah hospital di...
MELAKA REKOD 25 KESALAHAN PENIAGA GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU
PENGKALAN BATU 17 Mac - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Skim...
KETUA MENTERI RAI PETUGAS PEMBERSIHAN SWM
AYER LIMAU 17 Mac - Peranan dimainkan oleh setiap petugas pembersihan dianggap amat besar terutama dalam menyokong usaha pembangunan negeri...
AIDILFITRI: MELAKA TINGKAT KUALITI JALUR LEBAR UNTUK KESELESAAN ANAK PERANTAU
ASAHAN 17 Mac - Kualiti liputan jalur lebar di Melaka, khususnya dalam kawasan luar bandar dipertingkat bagi memberi keselesaan kepada...


