
Sulaiman ucap tahniah buat Melaka United
AYER KEROH 27 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengucapkan tahniah kepada barisan kejurulatihan Melaka United kerana berjaya membawa skuad Hang Tuah mara sehingga ke pentas separuh akhir Piala Malaysia.
Walaupun gagal ke final selepas tewas 3-5 menerusi sepakan penalti kepada Kuala Lumpur City FC malam tadi, namun beliau memuji semangat yang ditampilkan pemain yang tidak mengenal erti putus asa.
“Walaupun tewas 3-5 menerusi penentuan sepakan penalti, pujian harus diberikan kepada semua pemain kita yang mempamerkan semangat juang tinggi pada aksi malam tadi.
“Tahniah juga diucapkan kepada barisan kejurulatihan Melaka United,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, malam tadi, Sulaiman hadir menyaksikan perlawanan itu bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Kamel Mohamad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
