
Tanah runtuh: Mayat pemandu lori, MPV ditemukan
IPOH, 2 Dis – Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley di sini hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, manakala seorang lagi adalah pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang belum dikenal pasti indentitinya.
Beliau berkata pada masa ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat membawa keluar mangsa daripada kenderaan masing-masing dalam runtuhan itu dan akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Mior Faridalathrash berkata pemandu lori sayur itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang.
“Tiada penumpang lain di dalam lori dan MPV yang terperangkap dalam runtuhan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HANYA MELAKA ADA WRUR, MUDAHKAN URUSAN SELESAI MASALAH RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bertujuan mempermudahkan...
MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 12 September - Usaha Kerajaan Negeri mentransformasikan 618 Kampung tradisional kepada Kampung Digital iaitu inisiatif pertama seumpamanya di...
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...
