
Toh Puan, Munira diraikan dalam majlis ulang tahun kelahiran
BANDA HILIR 3 Dis – Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman bersama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Munira M Yusop, diraikan dalam satu majlis ringkas sempena sambutan ulang tahun kelahiran kedua-dua tokoh wanita negeri itu di sebuah hotel, hari ini.
Toh Puan Asmah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-65 pada 27 Nov, manakala Munira pula menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-55 pada 29 Nov lalu.
Ketibaan Toh Puan Asmah dan Munira kira-kira jam 3.15 petang itu disambut jemputan yang hadir.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Khas Toh Puan, Datuk Wira Radhuana Salleh sebagai tanda penghargaan sempena ulang tahun kelahiran kedua-dua tokoh wanita tersebut.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan hadiah oleh kenaamaan serta jemputan yang hadir.
Jemputan yang hadir kemudiaannya menjamu selera sambil diiringi persembahan nyanyian oleh artis tempatan yang merupakan anak kelahiran Melaka.
Hadir sama Exco Wanita Datuk Kalsom Noordin dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN MELAKA STABIL, TIADA KEPERLUAN DESAK DR. AKMAL LETAK JAWATAN
AYER KEROH 7 Januari - Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama...
BEKAS PANGLIMA TENTERA DARAT, DUA ISTERI DITAHAN SPRM
PUTRAJAYA, 7 Jan - Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) dan dua isterinya merupakan antara lima individu ditahan Suruhanjaya...
KENALI ‘AIDIL & ATIN’, KAMBING PALING POPULAR DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 7 Januari – Kambing pigmi comel yang dinamakan Aidil dan Atin menjadi tarikan utama Petting Zone @ Zoo...
REMAJA LELAKI DITEMUKAN TIDAK SEDAR DIRI DI BILIK AIR
AYER KEROH 7 Januari - Pelajar lelaki ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh di dalam bilik air di kediamannya...
MBMB HARGAI PENGAYUH BECA JUJUR, TINGKAT IMEJ MELAKA DI MATA PELANCONG
AYER KEROH 7 Januari - Sikap jujur seorang pengayuh beca yang memulangkan semula dompet milik pengunjung mengandungi wang tunai melebihi...
INFRASTRUKTUR SOKONGAN BAKAL TINGKAT HASIL PADI DI KLEBANG
KLEBANG 7 Januari - Infrastruktur Sokongan Pengairan dan Saliran yang bakal dibina di Kampung Pinang di sini bakal menjadi usaha...
