Sekolah luar bandar cemerlang dalam bidang STEM

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

LENDU 3 Dis – Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba (SMKGB) di sini, berjaya mengharumkan nama Melaka dan negara apabila menerima anugerah dalam pelbagai pertandingan.

Empat anugerah antarabangsa, tujuh kebangsaan dan tiga negeri tahun ini mengharumkan nama SMKGB dan meletakkannya sebaris dengan sekolah lain yang mencapai kejayaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Anugerah di peringkat antarabangsa ialah anugerah perak pada ‘9th Malaysia International Young Invetors Olympiad’ (MIYIO), emas (International Digital Innovation and Invention Challenge (IDIIC), gangsa (Short Silence Video Competition for Junior and Senior High School Studens in South East Asia) dan emas (Virtual Innovation Competition).

Penyelaras STEM SMKGB, Suhanna Zainudin berkata, kejayaan di peringkat antarabangsa itu sekali gus menjadi pembakar semangat guru STEM dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan pada 2022.

“Alhamdulillah, berkat kepemimpinan Pengetua, Ramli Abdullah dan komitmen penuh guru serta pelajar, kami mencatat kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan ini akan cuba dikekalkan pada tahun hadapan dan kalau boleh, biarlah lebih banyak kejayaan yang kami kecapi,” katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Di peringkat kebangsaan, lima calon SMKGB melepasi saringan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan sedang menunggu keputusan peringkat kebangsaan dalam pertandingan ‘Digital Utilisation and Technology Award.’

Selain itu, 10 pelajar menyertai ‘Hours of Code. My Girls Can Code Too,’ tempat kedua (E-Streamwaves Competition) dan tempat ketiga yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan antara negara ASEAN (ASEAN Future Sustainable Leaders).

Kejayaan peringkat kebangsaan yang lain ialah emas Yayasan Peneraju Kejayaan dan anugerah perak Pertandingan Pengaturcaraan Komputer.

ALLIA Najwa Yehya, Arfah Arlizam, Nur Adila Shaffiyah Mohd Rosli dan Amna Faqihah Muzaffar berkongsi kegembiraan atas kejayaan merangkul anugerah STEM.

Sementara itu, tiga pelajar tingkatan tiga yang mencapai kejayaan anugerah emas dalam pertandingan ‘International Digital Innovation and Invation ialah Allia Najwa Yehya, Arfah Arlizam, dan Nur Adila Shaffiyah Mohd Rosli.

Pelajar yang memenangi anugerah emas ‘Robotic Virtual Innovation Competition,’ Amna Faqihah Muzaffar, 15, berkata dia amat teruja dengan kejayaan itu dan berjanji akan berusaha lebih gigih untuk mencatatkan kejayaan tahun hadapan.

“Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki kami untuk mencapai kejayaan tahun ini dan insya-Allah tahun hadapan kami akan berusaha lagi bagi mengharumkan nama sekolah dan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2006
Kongsi :
Previous post Hujan berterusan punca insiden tanah runtuh Jalan Simpang Pulai – JKR
Next post Toh Puan, Munira diraikan dalam majlis ulang tahun kelahiran
Ubah saiz-+=