
Golongan OKU akan terus dibela, dihargai – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan terus membela dan menghargai segenap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan sesiapa, terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU) selari dengan semangat Keluarga Malaysia.
Beliau berkata dengan nilai kebersamaan, kerajaan akan memastikan golongan OKU diberikan hak sama rata dalam pelbagai aspek kehidupan.
“Kekurangan itu bukan satu kelemahan, bahkan ia satu keistimewaan yang perlu dilindungi bagi melengkapi kita semua,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau sempena Hari OKU Sedunia yang disambut hari ini.
Perdana Menteri turut menyambut baik tema sambutan Hari OKU Sedunia tahun ini iaitu “Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19”.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUANG SAMPAH: 978 INDIVIDU BAKAL JALANI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
AYER KEROH 8 Mac - Seramai 978 individu telah diberikan notis pemberitahuan kesalahan berkaitan pembuangan sampah menerusi pelaksanaan Perintah Khidmat...
TERIMA KASIH KERANA HARGAI PENGORBANAN KAMI
TABOH NANING 8 Mac - Berbuka puasa sendirian dalam perjalanan ke tempat bertugas antara pengorbanan petugas barisan hadapan yang jarang...
PELAJAR MALAYSIA DIMINTA TANGGUH PERJALANAN KE TIMUR TENGAH
BANDARAYA MELAKA 7 Mac - Pelajar Malaysia yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah dinasihatkan untuk menangguhkan...
MELAKA PERLUAS KEMPEN INTERNET SELAMAT, SASAR 200 PROGRAM KOMUNITI
AYER KEROH 7 Mac - Melaka akan memperluaskan Kempen Internet Selamat sepanjang tahun ini dengan sasaran sebanyak 200 program melibatkan...
120 GOLONGAN KURANG MAMPU DALAM PARLIMEN TANGGA BATU TERIMA BANTUAN RAMADAN
PAYA RUMPUT 7 Mac - Kebajikan rakyat Melaka khususnya asnaf, orang kurang upaya (OKU), mualaf, anak yatim sentiasa menjadi keutamaan...
RM388,750 IMARAHKAN MASJID, SURAU DALAM PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 7 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM388,750 kepada masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Tangga Batu bagi...
