
Mayat kanak-kanak reput, berbau ditemui di tebing sungai
JOHOR BAHRU, 4 Dis – Mayat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak diketahui jantina, ditemukan dalam keadaan reput dan berbau di tebing sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan mayat itu, oleh orang awam pada pukul 10.43 pagi.
“Mayat kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dengan jarak lima kaki dari tebing sungai. Sebahagian daripada tubuh mayat kanak-kanak itu mungkin sudah dimakan haiwan.
“Malah, jantinanya tidak dapat dikenal pasti kerana mayatnya sudah reput, namun dianggarkan berusia kira-kira tiga tahun. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat kanak-kanak itu, dan siasatan termasuk jantina dan latar belakang mangsa sedang dijalankan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...
ALUNAN KALAM ILAHI ‘BERGEMA’ DI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Pengisian Ramadan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) tampil berbeza apabila bakal mengadakan...
MPHTJ SANTUNI, CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER KEROH 1 Mac - Inisiatif berkongsi rezeki dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sedikit sebanyak membantu menceriakan sambutan...
Q’ASEH RAMADAN: MTD PROPERTIES SINARI KEHIDUPAN KOMUNITI AYER KEROH
AYER KEROH 1 Mac – MTD Properties meneruskan tradisi syarikat memberi sumbangan kepada masyarakat sempena bulan mulia ini menerusi penganjuran...
MELAKA SALUR RM400,000 UNTUK BANTUAN AIDILFITRI
PENGKALAN BATU 1 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri khusus untuk sumbangan bantuan perayaan Aidilfitri kepada 2,000 penerima. Exco...

