
UTeM lancar kempen kibar Jalur Gemilang
DURIAN TUNGGAL 3 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 Peringkat UTeM di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, semua staf UTeM perlu prihatin dalam memartabatkan kemerdekaan negara yang mencecah usia 63 tahun.
“Kita perlu bersyukur menjadi warga bertuah di negara ini kerana dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.
“Diharap warga UTeM dapat memahami dan menghayati erti kemerdekaan serta maksud tema kemerdekaan kali ke-63 ini iaitu Malaysia Prihatin, Malaysiaku Selamat Bersama,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim, Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Madya Ir Dr Md Nazri Othman dan lain-lain.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LAMBANG WARISAN KETERHUBUNGAN ASEAN
BANDARAYA MELAKA 6 November - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah ASEAN-Malaysia Statistical Forum (AMSF) 2025 disifatkan signifikan dengan sejarah negeri...
MELAKA KOMITED JADI NEGERI BERASASKAN DATA
BANDARAYA MELAKA 6 November - Melaka komited menjadi negeri berasaskan data melalui peluasan data terbuka, tadbir urus tersusun dan pemerkasaan...
DATA YANG TEPAT MELAHIRKAN DASAR YANG TEPAT – KM
BANDARAYA MELAKA 6 November - Kepentingan penggunaan data yang tepat menjadi asas kepada pembangunan negeri dalam merangka dasar awam serta...
APM LAKSANA LATIHAN BERKALA, HADAPI MTL
BANDARAYA MELAKA 6 November - Latihan berkala dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka sebagai persediaan menghadapi monsun timur...
APM MELAKA SIAP SEDIA HADAPI MTL
BANDARAYA MELAKA 6 November - Seramai 328 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, sedia untuk digerakkan...
WRUR: MPAG BINA TIGA RUMAH BAHARU, 14 LAGI DIBAIK PULIH
DURIAN TUNGGAL 6 November - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melaksanakan projek baik pulih 14 unit rumah dan membina tiga...
