
COVID-19: Majlis hari jadi, perkahwinan cetus kluster di Jasin
AYER KEROH 7 Jan – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka hari ini memaklumkan terdapat pertambahan satu kluster baharu COVID-19 di Melaka.
Dalam satu kenyataan, JKN Melaka berkata, kluster tersebut dikenali sebagai Kluster KM32 Pondok Kempas yang berlaku di daerah Jasin.
Jelas kenyataan itu, kluster membabitkan komuniti itu mula menular disebabkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam majlis sosial, iaitu majlis hari lahir, majlis marhaban dan majlis perkahwinan.
“Punca jangkitan dipercayai sporaduk sebelum menular dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti,” kata kenyataan itu.
Setakat ini, 32 kes positif COVID-19 telah dikesan membabitkan kluster berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘BN-PAS SUDAH BERNIKAH, BERKADI’ – AB RAUF
LENDU 29 Oktober - “Di sini kita sudah bernikah dengan berkadi, kalau bercerai pun nanti ada talak,” demikian kiasan Pengerusi...
PRN MELAKA: 5 TAHUN BERKHIDMAT PENUH IKHLAS, TOK HAMEED SERAH RAKYAT MENILAI
AYER LIMAU 29 Oktober - Diberi kepercayaan sekali lagi oleh Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
BEKALAN TENAGA STABIL KUNCI TARIK PELABURAN KE MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Bekalan tenaga yang stabil dan mampan menjadi antara faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur untuk...
FELCRA SEDIA BANTUAN KHAS PESERTA B40 TUNGGU HASIL TANAM SEMULA
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad diarahkan menyediakan bantuan khas kepada peserta kategori B40 yang terlibat dalam program tanam...
EDRA SUMBANG RM40,000 BANTU 150 KELUARGA DI DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Seramai 150 keluarga daripada 14 kampung seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menerima manfaat...
FELCRA TANGGUNG YURAN PENGAJIAN ANAK PESERTA CEMERLANG – TPM
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian anak peserta yang memperoleh semua A dalam peperiksaan...
