174 kakitangan cemerlang JAIM terima APC

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 7 Jan – Seramai 174 kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), hari ini.

Turut diraikan seramai 34 guru-guru JAIM yang bakal menamatkan perkhidmatan pada tahun ini.

Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, pengiktirafan itu sebagai penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti yang cemerlang ditunjukkan kakitangan sepanjang berkhidmat.

“Anugerah ini akan menyuntik semangat dan inspirasi semua kakitangan supaya terus cemerlang dan berbakti kepada anak bangsa.

“Kita antara negeri tercemerlang yang dapat mengekalkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 100 peratus selama 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tahun 2021 di Hotel Hatten di sini hari ini.

SEBAHAGIAN kakitangan JAIM yang hadir pada majlis tersebut.

Che Shukri berharap pengiktirafan itu akan menjadi contoh bukan hanya antara kakitangan, malah untuk rakan-rakan yang lain.

“Penjawat awam yang ada di hadapan saya ini penjawat awam yang cemerlang dan telah melaksanakan tanggungjawab dengan berdedikasi.

“Diharap warga JAIM dapat meninggalkan budaya berpada-pada apa yang ada kepada budaya baharu iaitu mendahului perubahan, memimpin peradaban,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1247
Kongsi :
Previous post 60 mahasiswa UTeM ditauliah Inspektor Kor Sukarelawan Polis
Next post COVID-19: Majlis hari jadi, perkahwinan cetus kluster di Jasin
Ubah saiz-+=