
Belum cukup umur sudah berani ‘ronda-ronda’
KOTA LAKSAMANA 31 Jan – Mereka belum cukup umur, namun dua gadis berani ‘meronda’ sekitar bandar raya ini menggunakan motosikal kerana mahu merasai kemeriahan musim cuti perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Itulah gelagat dua gadis yang ditahan pegawai penguat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Penguatkuasaan Tahun Baharu Cina 2022 di sini, malam tadi.
Hasil pemeriksaan dijalankan pegawai JPJ mendapati penunggang dan pembonceng Honda EX5 itu tidak memiliki lesen B2 dan berusia bawah 18 tahun.
Ketika ditanya kedua-dua remaja itu mengakui menunggang motosikal terbabit dari Masjid Tanah ke Banda Hilir.
Selain dua gadis berkenaan beberapa lagi remaja dikenakan tindakan atas kesalahan cukai jalan sudah tamat tempoh, tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ (tidak mengikut spesifikasi).
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, beberapa laluan sekitar pusat bandar khusus sekitar Banda Hilir, sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan berikutan peningkatan pelancong yang datang ke negeri ini untuk bercuti.
Operasi sempena Tahun Baharu Cina itu bermula 25 Januari lalu dan dijadualkan berakhir 8 Februari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA GEOPARK BUKA PELUANG EKONOMI KEPADA USAHAWAN TEMPATAN
BANDA HILIR 2 November โ Pembangunan Melaka Geopark bukan sahaja memberi tumpuan kepada pemuliharaan warisan alam dan budaya, malah membuka...
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November โ Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: RAMAI MAHU JADI โGENG BIRUโ DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Berbekalkan rekod perkhidmatan dan pelbagai inisiatif mendekati rakyat, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PRN MELAKA: RAIS MAHU TANGGA BATU HADIAHKAN EMPAT KERUSI UNTUK BN
KLEBANG 1 November - Barisan Nasional (BN) dan rakan strategik Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua empat kerusi...
MELAKA SASAR GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA ZON SELATAN
BANDA HILIR 1 November โ Melaka berpotensi menjadi negeri pertama di Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang memperoleh pengiktirafan Geopark Kebangsaan...
PRN MELAKA: โ14 NOVEMBER HARI JADI RAKYATโ
KLEBANG 1 November - Tarikh 14 November disifatkan sebagai โHari Jadi Rakyatโ apabila pengundi bakal menentukan hala tuju kepimpinan dan...
