Sulaiman dianugerah pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)

Masa Membaca:51 Saat

BUKIT KATIL 7 Feb – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerima penganugerahan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), hari ini.

Penganugerahan itu diberikan pada majlis Istiadat Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, di sini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Ts Mohammad Hamdan Wahid; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari; EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan serta Pengarah JBPM Negeri Melaka Abu Bakar Katain.

“Terima kasih kepada JBPM kerana menganugerahkan saya pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

“Penganugerahan ini cukup besar maknanya, selain sebagai penghormatan buat saya dan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka.

“Bagi saya, JBPM adalah tunjang kepada keselamatan negara dan berharap hubungan erat ini dapat diperkasakan,” katanya.

Selain Sulaiman, turut menerima penganugerahan ialah Setiausaha Khas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad yang menerima penganugerahan Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1207
Kongsi :
Previous post MCMC: Jangan terpedaya sebaran tegah warga emas keluar mengundi pada PRN Johor
Next post Kes COVID-19 meningkat, pengumuman penting petang ini – Khairy
Ubah saiz-+=